fb fb fb fb fb

JDT lancar video muzik oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow

(Video klip lagu berjudul "Pioneer" hasil gandingan Joe Flizzow dan Snoop Dogg mula disiarkan hari ini)

JOHOR BAHRU, 17 Mac- Kelab Johor Darul Ta’zim, JDT terus mencetus fenomenanya tersendiri apabila menghasilkan sebuah video muzik eksklusif, gandingan Joe Flizzow dan penyanyi rap terkenal antarabangsa Snoop Dogg.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata langkah itu sebagai salah satu usaha strategik memperkenalkan JDT ke persada dunia.

Sasaran 75 juta penonton ditetapkan kepada video muzik berdurasi tiga minit 7 saat itu, yang mula disiarkan hari ini di media sosial.

Sebelum ini kelab JDT telah menghasilkan video pengenalan bersama jenama terkenal dan menandatangani perjanjian dengan syarikat penerbangan nasional sebagai syarikat penerbangan rasmi kelab.

(Tunku Ismail (kiri) selepas menandatangani MOU pengedaran keluaran lagu 'Pioneers' oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow (kanan) sebagai Lagu Tema Rasmi JDT 2022 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Iskandar Puteri)

Media Baharu