fb fb fb fb fb

Lebih 9,000 peminat hadir konsert Wings

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Lebih 9,000 peminat memeriahkan Konsert Wings The Rock Emperor-Kuala Lumpur Chapter di Stadium Malawati, Sabtu lepas.

Vokalis Wings, Awie berkata kumpulan tersebut merancang membawa konsert itu ke Pulau Pinang serta Johor.

"Konsert ini adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura, Julai lalu," kata Awie.

Berkonsepkan teaterikal dengan tema ala 'viking', Wings mempersembahkan lebih 20 lagu pada konsert berkenaan.

Antara lagu popular yang dimainkan adalah Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh, Sejati dan Nur Nilam Sari

Konsert berdurasi hampir tiga jam itu juga diselitkan dengan segmen-segmen khas buat pejuang di Palestin.

Wings turut menampilkan segmen penghormatan kepada kumpulan rock yang menjadi inspirasi mereka, antaranya, Scorpions, Deep Purple, Cinderella dan Loudness.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM