fb fb fb fb fb

KRM rancang anjur lebih banyak kejohanan tahun ini

IPOH, 26 Mac- Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bercadang untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan 15 sebelah tahun ini.

Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, langkah itu penting bagi merancakkan kembali sukan tersebut yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19.

Jelasnya beberapa kejohanan dalam negara terpaksa ditunda susulan wabak berkenaan.

Penganjuran kejohanan ragbi 15 sebelah itu melibatkan beberapa acara antaranya kategori senior dan wanita selain pertandingan membabitkanpemain-pemain di bawah umur 19 tahun.

"Kita melihat contohnya antara umur 17 tahun dan senior, pemain senior ni secara puratanya 21 tahun, jadi antara 17 dengan 21 tu ada 4 tahun jurang di antara umur 17 dan jugak 21 tahun tu, antara kata lain macam bola sepak ada Piala Presiden, jadi lebih kurangnya begitu,"kata Shahrul.

Beliau berkata demikian pada sidang media Seminar Pengurusan Malaysia Rugby 2022 di Ipoh.

Dalam pada itu beliau turut berpuas hati dengan penganjuran beberapa kejohanan ragbi yang telah berlangsung antaranya di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.


(Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya)

Media Baharu