fb fb fb fb fb

F1 GP Arab Saudi diteruskan

FOTO REUTERS

JEDDAH, 26 Mac- Keputusan penganjur untuk meneruskan Grand Prix Arab Saudi disokong sepenuhnya oleh Bos Red Bull, Christian Horner.

Ia susulan perlumbaan itu diancam serangan ke atas depoh minyak berdekatan Litar Jeddah.

Selain Horner, keputusan itu juga mendapat sokongan bos Mercedes Toto Wolff yang mahu memastikan perlumbaan diteruskan.

Terdahulu, Pemberontak Yaman menyerang kemudahan minyak milik Aramco berhampiran litar ketika sesi latihan yang menyaksikan kebakaran besar dari litar.

Sesi latihan kedua tertangguh hingga memaksa pengurusan F1 dan semua pasukan terlibat membincangkan keputusan susulan berhubung serangan berkenaan.

Ketika ini, Aramco adalah penaja kepada pasukan Aston Martin.-REUTERS


(Depoh minyak di Jeddah yang dilaporkan diserang pengganas Syiah Houthi)- REUTERS

Media Baharu