(Kanye West pada Majlis Vanity Fair Oscar 2020/AFP)
PARIS, 23 Oktober- Rumah fesyen Balenciaga yang berpangkalan di Paris telah menamatkan kontraknya dengan penyanyi rap Kanye West berikutan beberapa kenyataan kontroversi baru-baru ini, termasuk kecaman anti-Semitik, menurut laman berita fesyen WWD.
"Balenciaga tidak mempunyai sebarang kontrak mahupun rancangan untuk projek masa depan yang berkaitan dengan artis ini," kata syarikat induk Balenciaga, Kering kepada WWD.
Ia berikutan tingkah lakunya yang tidak menentu.
Dia membuat penampilan mengejut awal bulan ini untuk jenamanya 'Yeezy' pada Minggu Fesyen Paris, dengan menggunakan slogan kontroversi "White Lives Matter", secara meluas.
Slogan itu dianggap sebagai tindak balas perkauman terhadap pergerakan Black Lives Matter.
Artis berusia 45 tahun itu kemudian menyelar bekas rakan sekerja serta seorang wartawan fesyen terkemuka di media sosial mengkritik tindakan itu, termasuk Kering Bernard Arnault.
Bulan lepas Kanye bukan lagi rakan kongsi bersama Gap dengan kedua-dua pihak berkata "mereka tidak lagi bergerak bersama".
(Foto ilustrasi logo aplikasi Parler pada skrin telefon bimbit dengan gambar Kanye West/AFP)
Awal bulan ini, Adidas turut mengumumkan kontrak dengan Kanye "dalam semakan".
Balenciaga dan Kering tidak memberikan sebarang komen ketika ditanya AFP.
Kanye muncul sebagai model dalam rancangan Balenciaga terbaru di Paris bulan lalu, memakai pakaian gaya tentera.
Namun, gambar daripada rancangan itu tidak lagi kelihatan di laman web Balenciaga pada Khamis.
Koleksi pakaian bersama penyanyi rap yang dilancarkan awal tahun ini berikutan hubungan yang baik dengan pengarah kreatif Balenciaga, Demna.
Awal minggu ini, dia mengumumkan bahawa dia membeli platform media sosial, Parler.
Beliau turut menambah, "kita perlukan hak untuk kebebasan diri sendiri, kerana pendapat konservatif sering dianggap sebagai kontroversi".- AFP