(Adam Lee dan Sweet Qismina)
AMPANG, 24 Oktober- Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijab kabul di sebuah lokasi acara bertempat di Ampang pada pukul 10.40 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang kepada pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.
Pada majlis itu, Sweet, 25 atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin bernilai RM2,410.97 serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.
Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh pernikahan ini adalah simbolik mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga kepada Sweet.
Nilai mas kahwin itu merupakan simbolik tarikh lahir Sweet pada hari ini.
Kedua mempelai bakal diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
(Adam Lee dan Sweet Qismina semasa upacara pembatalan air sembahyang)