fb fb fb fb fb

Konsert Ungu di KL esok, tema pakaian warna ungu

Kumpulan Ungu

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Peminat yang bakal menghadiri konsert “Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur” di Megastar Arena KL di sini, esok, dialu-alukan berpakaian berwarna ungu.

Ia bagi memeriahkan suasana konsert, sekali gus bersesuaian dengan tema “Mayapada Ungu" yang membawa maksud "Dunia Ungu".

Sementara itu, vokalisnya, Pasha menyatakan Ungu terharu dengan sambutan yang diterima oleh peminat dari Malaysia sejak awal kemunculan mereka.

Bagi menghargainya, Pasha menjanjikan kelainan pada persembahan Ungu, esok.

"Kita mahu semuanya nyanyi bersama, mengimbau nostalgia bersama.

"Kita juga akan mempersembahkan sesuatu yang baru, yang belum pernah ada pada konsert-konsert sebelumnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Kumpulan berasal dari Indonesia itu cukup popular dengan lagu-lagu galaunya, antaranya, “Kekasih Gelapku”, “Demi Waktu”, “Tercipta Untukmu” dan “Andai Ku Tahu”.

Ungu dibarisi vokalis, Pasha; pemain gitar, Enda dan Oncy; pemain bass, Makki dan pemain drum, Rowman

SITI AISHAH BINTI MD ISA