fb fb fb fb fb

Konsert mega percuma di Pantai Copacabana jadi penutup jelajah 'Celebration' Madonna

Madonna / FOTO REUTERS

RIO DE JANEIRO, 26 Mac- Madonna akan mengadakan konsert mega percuma pada bulan Mei di Pantai Copacabana di Rio de Janeiro sebagai penutup jelajah 'Celebration', artis pop itu.

Disifatkan sebagai pertunjukan terbesar, ikon pop itu menerusi laman webnya berkata konsert itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya kerana meraikan lebih empat dekad muziknya.

Penyanyi berusia 65 tahun itu, yang mempunyai barisan lagu hits antaranya 'Like A Virgin' dan 'Material Girl,' kali terakhir membuat persembahan di Brazil pada 2012.

Pertunjukan mega 4 Mei itu akan menjadi satu-satunya konsertnya di Amerika Selatan dalam jelajah "Celebration", yang telah membawanya ke lebih daripada 12 negara.

Penganjur berkata bahawa persembahan itu akan mempunyai persamaan dengan pesta 'Reveillon' Malam Tahun Baru yang diadakan di pantai Rio.

Pada tahun 2006, pertunjukan Rolling Stones di Copacabana telah menarik antara 1.2 dan 1.5 juta penonton.

Jelajah "Celebration" kini berada di Amerika Utara, dengan tiga persembahan; April di Miami dan lima di Mexico City, satu-satunya perhentian di Amerika Latin sebelum Rio.

Madonna, yang telah memenangi tujuh Anugerah Grammy dan menjual lebih 300 juta rekod di seluruh dunia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE