LONDON, 27 Mac - Bintang Rock Amerika Syarikat, Bruce Springsteen bakal menjadi penulis lirik antarabangsa pertama bakal menerima anugerah 'Academy Ivors Fellowship' daripada persatuan yang berpengkalan di United Kingdom itu.
Penyanyi dan penulis lirik berusia 74 tahun itu akan menerima pengiktirafan atas sumbangannya kepada penulisan lagu dan impaknya terhadap landskap budaya UK.
Anugerah tahunan untuk penulis serta pencipta lagu itu akan diadakan pada Mei depan kata Akademi Ivors pada Selasa,
Dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) pelantun lagu-lagu popular seperti "The River" itu akan akan menjadi Fellow ke-27 Akademi, menyertai nama terkenal lain, termasuk Elton John, Sting, Kate Bush dan Paul McCartney yang turut menerima anugerah yang sama.
Sementara itu, Springsteen dalam satu kenyataan berkata dia "berbangga menjadi penulis lagu antarabangsa pertama yang diiktiraf oleh The Ivors Academy".
“Selain mengiktiraf penulisan lagu saya, anugerah itu sebagai penghormatan kepada peminat dan rakan-rakan yang telah menyokong saya dan karya saya sejak 50 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Springsteen memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1973 menerusi album sulungnya yang bertajuk "Greetings from Asbury Park, N.J." yang telah terjual sebanyak 140 juta di serata dunia.
Anak jati New Jersey yang digelar "The Boss", telah menerima pelbagai anugerah termasuklah 20 Anugerah Grammy selain dimahsyurkan di Rock and Roll Hall of Fame pada 2009.
Dalam pada itu,Pengerusi Ivors Academy, Tom Gray menyatakan Springsteen merupakan penulis dan pencerita yang hebat didalam lirik lagu.
"Penulis lirik merupakan seorang pencerita yang hebat yang merakam kehidupan, cinta dan keperitan.
"Springsteen selalu menceritakan perkara paling terbaik",kata Gray.
Anugerah Ivors dinamakan sempena penghibur, pelakon dan pencipta lagu terkenal Wales iaitu Ivor Novello dan bermula pada 1956.-REUTERS