fb fb fb fb fb

Kian Meng-Pei Jing mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Korea

KUALA LUMPUR, 9 April - Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum kecemerlangan untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pithas Haningtyas Mentari pada saingan separuh akhir, hari ini.

Pasangan negara menang straight set 21-13, 22-20 dalam tempoh 46 minit.

Aksi di Stadium Palma, Suncheon itu menyaksikan Kian Meng dan Pei Jing tidak berdepan masalah menguasai set pertama 21-13.


(Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Korea)

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-10 dunia bagaimana pun dipaksa berhempas pulas pada set berikutnya sebelum menang, 22-20.

Kian Meng dan Pei Jing bakal berdepan beregu tuan rumah yang juga pilihan keempat kejohanan, Ko Sung Hyun dan Eom Hye Won dalam aksi final esok.

Kali terakhir Kian Meng dan Pei Jing mara ke final ialah semasa jelajah terbuka Singapura pada 2019.

Media Baharu