fb fb fb fb fb

Kejuaraan Golf Masters : Woods catat dua di atas par 74 pukulan

GEORGIA, 9 April - Tiger Woods terpaksa bekerja keras untuk mengatasi cabaran angin kencang di pusingan kedua Kejuaraan Golf Masters, sekali gus menutup saingan di Augusta itu dengan catatan dua di atas par 74 pukulan .

Pendahulu hari kedua bagaimanapun menjadi milik pemain nombor 1 dunia, Scottie Scheffler yang menamatkan cabaran dengan 67 pukulan, sekali gus mengumpul 8 di bawah 136 pukulan keseluruhan.

Angin kuat di lapangan golf Augusta memberi kesukaran kepada pemain untuk melakukan catatan terbaik, namun ia tidak menghalang Scheffler melengkapkan saingan hari kedua di tangga teratas dengan kelebihan 5 pukulan.

Pemain berusia 25 tahun dari Amerika Syarikat itu masih diekori rapat Charl Schwartzel dan juara bertahan, Hideki Matsuyama yang mengumpul 69 pukulan serta juara 2011 Shane Lowry 68 pukulan.


(Tiger Woods melakukan pukulan pada pusingan kedua Kejuaraan Golf Masters)

Woods pula jelas terkesan dengan cuaca mencabar itu apabila melakukan bogey pada 4 daripada 5 lubang pertamanya.

Pemain berusia 46 tahun itu bagaimanapun bangkit mencatat birdie pada lubang ke-10, 13 dan 14, selain menamatkan cabaran dengan menlakukan par di empat lubang berturut-turut.

Dia akan turun pada pusingan ketiga dengan 9 pukulan di belakang Scheffler.

Media Baharu