fb fb fb fb fb

Kejuaraan Futsal AFF 2022 : Ekmal mahu bantu Malaysia beri saingan hebat

(Muhammad Ekmal Shahrin ketika ditemu bual Berita RTM)

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Penjaring terbanyak Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Muhammad Ekmal Shahrin enggan terlalu memikirkan laluan getir bakal dihadapi Malaysia apabila berdepan juara bertahan, Thailand dalam kumpulan B menjelang Kejuaraan Futsal AFF 2022.

Sebaliknya jelas beliau yang paling penting ketika ini adalah untuk memikat hati ketua jurulatih, Chiew Chun Yong sekaligus berada dalam senarai akhir 16 pemain ke Bangkok, Thailand nanti.

Jelas pemain Selangor MAC itu, beliau percaya lapan muka baharu yang dipanggil Chun Yong mampu menyerlah pada kejohanan yang akan membuka saingan pada 2 April ini.

"Walaupun negara-negara lain juga kuat, tapi kita takkan menyerah kalah, akan melawan secara habis-habisan, semua pasukan akan bersaing secara hebat dan Malaysia semestinya akan memberi saingan yang lebih hebat berbanding pasukan-pasukan lain," katanya yang ditemu bual secara eksklusif kepada Berita RTM.


(Barisan pemain skuad futsal kebangsaan yang dipanggil untuk latihan pusat bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022/FAM)

Bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei manakala Kumpulan B menampilkan empat pasukan iaitu Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia.

Tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, September depan.

Malaysia bakal memulakan saingan menentang Kemboja pada 2 April diikuti Indonesia dan Brunei masing-masing pada 4 dan 5 April.

Skuad kendalian Chun Yong bakal berdepan juara bertahan, Thailand sehari kemudian.

Media Baharu