fb fb fb fb fb

KBS hargai sumbangan Tunku Ismail taja rumput baharu Stadium Nasional

(Stadium Bukit Jalil/Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kementerian Belia dan Sukan menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penghargaan berkenaan dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi ciapan di Twitter.

Semalam, Tunku Ismail menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers bertitah mahu menanggung kos pertukaran rumput kepada jenis ‘Zeon Zoysia’, jenis sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Iskandar Puteri, sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.

(Tunku Ismail menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers bertitah mahu menanggung
kos pertukaran rumput kepada jenis ‘Zeon Zoysia"/Gambar fail)


Kenyataan sama menyebut, baginda mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), bagi memastikan Stadium Nasional, mempunyai padang yang kualitinya sesuai untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.


Media Baharu