fb fb fb fb fb

Johor anjur L’ETAPE Malaysia peluang rasai pengalaman 'ala' Tour de France

DESARU, 30 Mac - Usaha bagi menarik lebih banyak penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di Johor; kerajaan negeri akan melancarkan pelan induk sukan untuk tempoh tiga tahun.

Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pelan induk sukan antara agenda utama yang akan dibincangkan pentadbiran beliau.

Penganjuran sukan berbasikal amatur L’ETAPE Malaysia pada 4 Jun ini merupakan acara sukan antarabangsa yang dilihat memberi impak tinggi kepada ekonomi, pelancongan dan gaya hidup sihat rakyat Johor.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa majlis sidang media program L’ETAPE)

"Insya-Allah kita akan melancarkan pelan induk sukan, antaranya program peringkat antarabangsa seperti ini kita akan buat sekerap mungkin kerana ia mempunyai limpahan ekonomi terutama kepada pusat pelancongan dan juga untuk sukan insya-Allah, " kata Onn Hafiz dalam sidang media, di sini.

Pantai Desaru dipilih untuk menganjurkan acara berprestij ini selepas L’ETAPE dianjurkan di 20 buah negara seperti Thailand, China, Perancis, Mexico, Brazil dan Australia.

Setakat ini L’ETAPE Malaysia sudah menerima 3,200 penyertaan.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan melibatkan dua acara iaitu 140 dan 60 kilometer.

Media Baharu