fb fb fb fb fb

JDT terus mengungguli liga, benam skuad Penyu 2-1

ISKANDAR PUTERI, 11 April- Kelab Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mengekalkan kedudukan teratas liga selepas menewaskan Terengganu FC, 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

JDT berjaya meraih gol pertama pada minit ke-7 selepas Bergson da Silva menyudahkan bola hantaran Corbin Ong, menerusi tandukan di hadapan gawang gol lawan.

Cubaan Terengganu menyamakan kedudukan berjaya disempurnakan Kpah Sherman dengan gol pertama skuad penyu pada minit ke-31.

Tidak menunggu lama, Bergson da Silva pantas membuat satu lagi tandukan, menerusi bola hantaran Arif Aiman sekali gus berjaya mendahului perlawanan dengan gol kedua, dua minit kemudian.

Perlawanan separuh masa pertama, JDT mendahului Terengganu dengan kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua bermula lebih agresif, dengan Terengganu memberi saingan kepada JDT.

Namun, malang menimpa penjaga gol JDT, Farizal Marlias apabila rempuhan pemain pasukannya, Shane Thomas Lowry menyebabkan Farizal cedera dan terpaksa diusung keluar padang dan diganti oleh Muhammad Haziq Nadzli.

Keputusan kekal 2-1 hingga akhir perlawanan dengan JDT kini mengumpul 12 mata.


(Pertembungan JDT FC dan Terengganu FC berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri/FBJDT)

"Sudah tentu saya tak boleh tipu, mereka mempunyai pemain yang bagus, mereka boleh cari keserasian dan mereka juga cepat belajar," kata Benjamin Mora, ketua jurulatih JDT ketika ditemu bual media selepas perlawanan tersebut.

Bagi pengendali skuad penyu, Nafuzi Zain berpuas hati dengan prestasi pemain.

Bagi saya, malam ini secara keseluruhan saya berpuas hati dengan permainan, situasi yang kita bermula berbeza daripada pasukan lain. Dari segi permainan, kita nampak perbezaan selepas tiga bulan menjalani latihan," kata Nafuzi kepada pemberita RTM.

Skuad Harimau Selatan itu bakal berdepan saingan seterusnya dengan pasukan PJ City FC pada Mei depan.

Media Baharu