fb fb fb fb fb

Charles Leclerc raih kemenangan kedua di GP Australia

MELBOURNE, 11 April- Pelumba Ferrari, Charles Leclerc meraih kemenangan kedua musim ini selepas mengungguli Grand Prix Australia.

Nasib berbeza pula dialami juara dunia tahun lalu, Max Verstappen yang sekali lagi tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Jentera Leclerc mendominasi litar Albert Park dan melintasi garisan penamat 20 saat lebih pantas meninggalkan pemandu Red Bull, Sergio Perez yang muncul naib juara.

Ia merupakan kemenangan keempat bagi pelumba Monaco itu di dalam karier Formula Satu (F1).

George Russell yang memandu jentera Mercedes menduduki tempat ketiga yang merupakan podium kedua buat dirinya dan yang pertama untuk Mercedes musim ini.


(Pelumba Ferrari, Charles Leclerc meraikan kemenangannya di GP Australia/AFP)

Pemenang pembuka musim di Bahrain, Leclerc yang berusia 24 tahun kini telah membina kelebihan 34 mata ke atas Russell untuk muncul sebagai pilihan awal untuk kejuaraan pemandu.

Nasib malang pula menimpa Max Verstappen yang mengalami masalah jentera.

Pelumba Belanda itu berada di tempat kedua di belakang Leclerc apabila keretanya terpaksa berhenti di pusingan ke-39.

Ia adalah kali kedua Verstappen terpaksa menarik diri selepas aksi pembuka musim di Bahrain.

Seorang lagi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton pula menduduki tempat keempat untuk selepas bermula di petak kelima.

Media Baharu