BUKIT JALIL, 11 April- Persiapan Sukan SEA Hanoi Vietnam.
Selain mengekalkan sasaran 1 pingat emas, Persekutuan Catur Malaysia (MCF) mempunyai sasaran untuk melihat Yeoh Li Tian meraih gelaran Grand Master.
Jelas pengurus kontinjen Sukan Catur, S. Sumant jika ia berjaya dicapai, gelaran berkenaan adalah yang tertinggi dalam sukan catur dan yang pertama untuk negara.
Jelas Sumant, Li Tian sudah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk melayakkannya membawa gelaran Grand Master.
"Kali ini lebih menarik. Dia (Yeoh Li Tian) akan cuba mendapatkan 'Norm' ketiga dan terakhir untuk Grandmaster. Dalam sukan catur, Grandmaster adalah pangkat tertinggi yang diberi kepada pemain elit.
"Yeoh Li Tian telah pun mendapat dua daripada tiga 'Norm'. Dalam temasya kali ini, dia berpeluang untuk mengutip 'Norm' ketiganya dan diharapkan ia akan turut disusuli kejayaan meraih emas keduanya," kata S.Sumant kepada pemberita RTM.
(Pengurus kontinjen sukan Catur, Sumant Subramanian memaklumkan perkara itu dalam sidang media)
Edisi kali ini, MCF menghantar 10 atlet yang terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita untuk bertanding dalam 10 acara.