fb fb fb fb fb

Ismail Izzani tampil bunyi lebih segar, lirik tersirat menerusi 'Iman'

Ismail Izzani

KUALA LUMPUR, 25 September - Ismail Izzani,24, mempertaruh lagu baharunya berjudul 'Iman' yang dilancarkan pada 6 September lalu.

Beliau menyifatkan lagu itu cukup besar maknanya secara peribadi dengan suntikan jelas lebih berbeza berbanding koleksi diskografinya sebelum ni.

Beliau turut menampilkan koreografi tarian khas dalam muzik videonya (MV).

"Pembikinan lagu ini ambil masa yang panjang. Apabila saya dengar ‘demo’ pertamanya, saya tidak pasti sama ada saya mahu menyanyikannya. Bila dengar lama-lama dan terokai melodinya, buatkan saya teruja. Saya rasa lagu ini sangat segar, " katanya.

Mengenai maksud dan mesej lagu Iman, Ismail menjelaskan lagu tersebut mengisahkan tentang seorang wanita bernama Iman. Iman menambat hati dan disukai seorang pemuda.

Lirik lagu ditulis oleh Joe Flizzow dan komposer lagu tersebut ialah Joe Flizzow, SonaOne, Alexander Oghenetejiri Anidi dan DeeKid.

TETITIA YUSOFF