KUALA LUMPUR, 19 Disember- Pelakon, pelawak dan penyanyi era 80 dan 90 an, Isma Aliff dilapor kritikal dan ditidurkan di Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada paru-paru dan jantung.
Adiknya, Shamsidah Ismail berkata, Isma Aliff, 59, diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala dan kebas badan.
Jelas Shamsida, abangnya itu sebelum ini tidak pernah mengalami masalah kesihatan.
Shamsidah juga memohon agar semua rakan artis dan peminat mendoakan kesihatan Isma Aliff.