fb fb fb fb fb

Impian pertahan kejuaraan Chelsea lebur

MADRID, 13 April- Hajat Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu tidak kesampaian selepas disingkirkan Real Madrid di suku akhir awal pagi tadi.

Karim Benzema muncul wira Real apabila jaringan keduanya masa tambahan berjaya memastikan juara 13 kali itu layak ke separuh akhir dengan agregat 5-4.

Pada aksi timbal balik kedua itu, Real layak meskipun tewas 2-3 kepada Chelsea.

Sebelum ini mereka menang 3-1 di Stamford Bridge menerusi hatrik Benzema.

(The Blues yang terpaksa akur dengan kehebatan Real dengan agregat 5-4 /AFP)

Namun, kali ini Chelsea beraksi lebih cemerlang apabila mendahului 3-1 selepas 90 minit permainan, sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat agregat 4 sama.

Tandukan Benzema di babak pertama masa tambahan akhirnya menjadi pemusnah buat The Blues yang terpaksa akur dengan kehebatan Real dengan agregat 5-4.

Dalam pada itu, dua lagi aksi suku akhir kedua akan berlangsung malam ini, antaranya Liverpool dengan Benfica.

Juara 2019 itu dilihat memiliki kelebihan 2 gol selepas menang 3-1 pada aksi pertama di Lisbon minggu lalu. -AFP

Media Baharu