MUNICH, 13 April - Pasukan di tangga ketujuh LaLiga Sepanyol, Villarreal mengejutkan Bayern Munich apabila menyingkirkan pendahulu Bundesliga Jerman itu di pusingan suku akhir Liga Juara Eropah.
Bermain di Allianz Arena, kedua-dua pasukan terikat satu sama, sekali gus membolehkan Villarreal mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1.
Terdahulu penyerang prolifik, Robert Lewandowski meletakkan Bayern di hadapan menerusi jaringan hasil umpanan Thomas Mueller pada minit ke-51.
(Para pemain Villarreal rai kejayaan mara ke separuh akhir/AFP)
Dengan kedudukan agregat satu sama, pemain sayap, Samuel Chukwueze menyudahkan hantaran Gerard Moreno pada minit ke-88.
Ini kali pertama Villarreal melayakkan diri ke separuh akhir sejak 2006.
"Kini kami boleh menyimpan impian untuk pergi legih jauh,'' kata kertua pasukan, Raul Albiol, 36, yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Di separuh akhir mereka akan menentang Liverpool atau Benfica. -AFP.