fb fb fb fb fb

Hakim lulus permohonan Kim Kardashian gugurkan nama keluarga 'West'

LOS ANGELES, 4 Mac- Hakim meluluskan permohonan selebriti Hollywood, Kim Kardashian untuk mendapatkan status bujang secara sah dan menggugurkan 'West' daripada nama keluarga.

Walaupun tidak membantah, peguam Kanye West telah meletakkan tiga syarat yang ditetapkan penyanyi rap itu.

Syarat pertama, yang telahmemperoleh kelulusan hakim ialah hak untuk mengembalikan semula wang yang telah dibahagikan sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Manakala dua syarat lain ditolak. Sebelum keputusan dicapai, West memecat pegawai perceraiannya yang keempat, Chris Melcher.


(FOTO AFP)

Kim dan West berkahwin pada 2014.

Pada Februari tahun lalu, Kim memfailkan perceraian dengan Kanye atas alasan tidak sependapat.

Media Baharu