fb fb fb fb fb

Dua aksi Liga Premier ditunda akibat COVID-19

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua aksi Liga Premier yang dijadual pada 5 dan 7 Mac ini terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, penundaan dua perlawanan itu membabitkan pertemuan Selangor FC 2 dan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam esok dan PDRM FC bertemu Kuching City FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin nanti.

“Pihak sekretariat MFL telah menerima permohonan daripada PDRM FC di mana seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergelaja sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama.

 

(Seorang jurulatih dan 14 pemain PDRM FC telah disahkan positif Covid-19 dan kontak rapat bergejala ketika ini/Foto fail)

“Dukacita dimaklumkan perlawanan membabitkan Selangor FC 2 bertemu Skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC menentang Kuching City FC terpaksa ditunda apabila lebih separuh pemain serta pegawai daripada pasukan yang dimaksudkan telah mengalami jangkitan positif serta kontak rapat bergelaja COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

MFL urut mengesahkan pindaan tarikh baharu dua perlawanan berkenaan akan diumumkan segera dalam tempoh terdekat.

Media Baharu