fb fb fb fb fb

Gitaris Jeff Beck meninggal dunia

(Jeff Beck)

NEW YORK, 12 Januari- Jeff Beck, pemain gitar berpengaruh yang menjadi terkenal dengan kumpulan Yardbirds yang popular sekitar 1960-an dan kemudian menikmati kerjaya solo yang prolifik, telah meninggal dunia, semalam.

Jeff Beck, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 78 tahun.

Beck meninggal dunia akibat serangan meningitis bakteria secara tiba-tiba.

"Bagi pihak keluarganya, dengan rasa sedih yang mendalam, kami berkongsi berita kematian Jeff Beck selepas tiba-tiba dijangkiti bakteria meningitis. Dia meninggal dunia semalam," kata kenyataan di laman web pemuzik kelahiran Inggeris itu hari ini.

Kematian Beck kemudiannya mendapat perhatian meluas dengan ucapan penghormatan tidak putus-putus daripada ikon rock seperti Ozzy Osbourne, yang pernah bekerjasama dengan Beck, dan penyanyi utama Kiss Gene Simmons, yang menggelar pemergian Beck sebagai"menyayat hati.

"Tiada siapa bermain gitar seperti Jeff," kata Simmons di Twitter. "Sila dapatkan dua album Kumpulan Jeff Beck yang pertama dan lihatlah kehebatannya. RIP."

Mick Jagger memuji Beck yang juga pemenang Grammy lapan kali dan dua kali dimasyhurkan di 'Hall of Fame Rock and Roll' sebagai salah seorang pemain gitar terhebat di dunia.

Dilahirkan pada 24 Jun 1944 di England, Jeff Beck atau nama sebenarnya Geoffrey Arnold Beck, dikatakan mula 'jatuh cinta' dengan instrumen muzin itu selepas mamainkan gitar yang dipinjam.

Kemudian, Beck cuba membina gitarnya sendiri.

Beck bermain dalam beberapa kumpulan semasa di sekolah seni di London, dan telah merakam muzik asal untuk Yardbirds pada tahun 1965.

Dia mengikuti uji bakat selepas pemergian salah seorang pemain gitar bintang kumpulan itu, Eric Clapton, dan membantu melonjakkan bunyi rock avant-garde British dengan beberapa siri rakaman.

Pada 2015 majalah Rolling Stone meletakkan artis itu di nombor lima dalam senarai 100 pemain gitar terhebat sepanjang zaman. -AFP


(Jeff Beck)

Media Baharu