fb fb fb fb fb

Michelle Yeoh rangkul Golden Globes

(FOTO AFP)

CALIFORNIA, 11 Januari-Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya merangkul anugerah Golden Globes bagi ketegori Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada majlis anugerah di Amerika Syarikat.

Beliau merangkul anugerah tersebut melalui watak lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Michelle Yeoh merupakan artis Malaysia pertama dan kedua Asia memenangi anugerah tersebut.

Anak Malaysia kelahiran Ipoh, Perak yang menempa nama di Hollywood, sebelum ini dikenali dan berjaya melalui lakonannya di Hong Kong seterusnya dikenali di peringkat antarabangsa melalui filem James Bond's Tomorrow Never Dies dan Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Beliau turut dikenali kerana melakukan lagak ngeri sendiri dalam filem-filem lakonannya.


(Tan Sri Michelle Yeoh merangkul Golden Globes melalui lakonan dalam filem
Everything Everywhere All at Once/FOTO AFP)

Media Baharu