fb fb fb fb fb

Fattah Amin syukur dapat berlakon filem seram Indonesia

Fattah Amin

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Pelakon, Fattah Amin meluahkkan rasa bersyukur diberi peluang berlakon dalam filem seram Indonesia bertajuk Trinil: Kembalikan Tubuhku.

Menjadi satu cabaran buat Fattah yang memerlukan pemahaman daripada segi dialek bahasa bagi memenuhi citarasa pengarah dalam lakonannya bersama-sama produksi Indonesia.

"Cabaran dalam watak ini semestinya satunya adalah bahasa, cuba nak bagi satu bahasa yang orang Indonesia boleh faham dan orang Malaysia boleh faham. Jadi saya dah berbincang dengan Mas Anum, terima kasih Mas Anum yang banyak memberi bantuan kepada saya juga untuk mengenal sebenar karakter Yusuf ini.

"Saya sebenarnya sangat suka ada kolaborasi sebegini, produksi daripada Indonesia dan Malaysia, saya harap banyak lagi produksi yang sanggup bergabung dan melabur untuk membuat satu cerita yang sangat cantik sinematografi dan jalan cerita," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM