fb fb fb fb fb

Anuar Zain hadiahkan 1,000 patung beruang kepada peminat

Anuar Zain

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-54 baru baru ini, penyanyi Anuar Zain menghadiahkan para peminatnya konsert 'ANUAR ZAIN 40 YEARS EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL'.

Konsert berlangsung hampir empat jam itu diadakan di Petaling Jaya, dihadiri lebih 1,000 peminat termasuk dari Brunei, Singapura dan Indonesia.

Menurut Anuar, konsert itu membuatkannya lebih dekat dengan para peminat.

"Saya rasa sangat-sangat dihargai, setelah berapa lama menyanyi, jadi saya lebih suka yang kecil-kecilan begini, nampk dengan lebih jelas lagi, kasih sayang itu, sokongan itu, itu yang saya suka, itu yang saya memang buat keputusan nak buat program ini, walaupun dia kecil-kecilan tapi kenapa tidak," kata Anuar kepada pemberita di sini.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan Anuar ialah, Kaulah Satu Satunya, Keabadian Cinta, Lelaki Ini serta beberapa buah lagu Inggeris.

Anuar turut menghadiahkan kira-kira 1,000 patung beruang kepada para penonton yang hadir.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM