SHAH ALAM, 10 Ogos- Pelakon, Farid Kamil melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, petang tadi.
Lafaz cerai dibuat Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi panggilan video susulan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
(Diana ketika ditemui di Mahkamah Syariah Subang Bestari, hari ini)