fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Hamdan Senario

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 54, yang meninggal dunia, hari ini.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah ke atas ujian tersebut.

"Kita semua membesar dengan lawak kumpulan Senario. Hari ini kita terima khabar yang sangat duka.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Hamdan Ramli, pelakon dan pelawak, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah," kata Fahmi menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Allahyarham Hamdan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Terdahulu, Allahyarham ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat anak iaitu Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.

ARTIKEL BERKAITAN
Hamdan Senario meninggal dunia

SITI AISHAH BINTI MD ISA