JAKARTA, 6 Januari- Kumpulan muzik 'Noah' mengumumkan mengundurkan diri daripada industri muzik dan bakal berehat panjang selama beberapa tahun bermula tahun ini.
Pengumuman tersebut dikongsikan kumpulan berkenaan melalui akaun Instagramnya pada 1 Januari dan berkongsi video perjalanan Noah dari tahun 2012 hingga 2023.
Dalam pengumuman itu, Noah juga mengucapkan terima kasih kepada label muzik mereka "Musicastudios" yang menjaga Noah sepanjang berada dalam industri muzik dan semua peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
Noah dianggotai Ariel selaku vokal utama, Lukman pemain gitar dan David pemain keyboard.
Tahun lalu, Noah telah membuat konsert di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Malaysia pada bulan November dan konsert terakhir kumpulan tersebut diadakan di Singapura pada hujung tahun 2023