fb fb fb fb fb

Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin selamat dikebumikan

Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah Taman Selasih, Jalan KL-Karak

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Jenazah wartawan hiburan, Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin selamat dikebumikan pukul 1 tengah hari tadi.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.47 pagi dari London, kemudiannya terus dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah, Taman Selasih, Jalan KL-Karak.

Fiza Kamarudin, 40 tahun disifatkan sebagai seorang rakan media yang periang, mesra dan komited dalam kalangan rakan-rakan artis di tanah air.

Allahyarham telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama lebih 15 tahun dan pernah bertugas sebagai wartawan rancangan diva@1 di RTM tahun 2009 - 2012.

28 Disember lalu, Fiza disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, United Kingdom (UK).

Pendarahan otak berpunca sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan menyebabkannya rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE