fb fb fb fb fb

Erissa Puteri teruskan karier seni selepas bergelar isteri

Erissa Puteri dan suami

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri, bertekad untuk terus aktif dalam bidang seni walaupun telah bergelar isteri kepada Muhammad Danial Iskandar Zaidi pada 18 April lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan oleh Pendaftar Nikah, Dr Adam Drahman dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Hashim Daud. Erissa menyifatkan perkenalan singkat selama setahun dengan Danial cukup bermakna dan yakin dengan kesabaran serta sokongan suaminya terhadap kerjayanya.

“Walaupun saya masih muda dan kerjaya seni sedang berkembang, saya yakin Danial adalah pilihan terbaik. Dia sentiasa menyokong saya dalam bidang nyanyian dan lakonan,” katanya ketika ditemui di majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu negara pada Jumaat lalu.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan eksklusif single terbaharunya bertajuk Waktu, yang dilancarkan serentak pada hari pernikahan mereka.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI