fb fb fb fb fb

EPL: Ronaldo kembali temui sentuhan berbisa

(Cristiano Ronaldo meraikan gol pertama)

MANCHESTER, 13 Mac - Penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo kembali menemui sentuhan berbisanya setelah mencatatkan hatrik untuk membantu The Red Devils menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kejayaan itu menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi kelab dan skuad kebangsaan dengan 807 gol.

(Manchester United menang 3-2 atas Tottenham Hotspur 3-2 dalam lanjutan Liga Inggris 2021-2022.
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo mencetal hattrick./REUTERS)

Bermain di Old Trafford, Ronaldo membuka jaringan seawal minit ke-12 diikuti dua lagi gol pada minit ke-38 dan 81.

Dua gol Spurs diperoleh menerusi sepakan penalti Harry Kane dan jaringan sendiri ketua pasukan United, Harry Maguire.

 

Media Baharu