fb fb fb fb fb

Enam peserta rebut tempat ke Separuh Akhir Debaran Bintang Kecil 2024

Poster Debaran Bintang Kecil Zon Sarawak

KUCHING, 20 Julai- Menjelang Debaran Bintang Kecil Zon Sarawak malam esok.

Tiga daripada enam peserta terbaik akan dipilih bagi mewakili Sarawak ke Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil, September depan.

Tinjauan RTM pada raptai penuh, semua enam peserta iaitu Syarif, Fernandez, Danish, Albee, Qaseh dan Eli memberikan persembahan terbaik masing-masing bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Debaran Bintang Kecil Zon Sarawak yang diacarakan Perey dan Osha itu disiarkan secara langsung di TV2, pukul 9 malam esok.

Konsert turut diserikan dengan persembahan artis jemputan, iaitu Baby Shima, Faris Malek, dan Juara Sape Junior 2024, Fazlina Fariz.

Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Rita Elisha Mering; Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Tracy Evon serta Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat antara dif ehormat yang dijangka hadir pada malam esok.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE