fb fb fb fb fb

Ella bakal gegarkan After Race Fest

Ella/ Foto HIFIVE Entertainment

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Ratu Rock tanah air, Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57 diumumkan akan menyanyikan lagu Negaraku pada After Race Fest yang akan diadakan 3 November depan di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Pesta yang akan bermula pukul 4.00 petang sehingga tengah malam itu signifikan dengan penganjuran MotoGP sempena ulang tahun ke-25 PETRONAS SIC.

Ketika diumumkan sebagai penyanyi yang akan menyanyikan Lagu Kebangsaan pada acara itu, Ella menyifatkan ianya sebagai penghormatan kepadanya.

"Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGP kelak.

"...dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jangan lupa untuk temui saya di After Race Fest nanti," kata Ella.

Pada pengumuman pertama Julai lalu, pihak penganjur iaitu HiFive Entertainment memaklumkan kehadiran Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur dari Indinesia iaitu Nidji dan Feel Koplo serta artis tempatan 6ixth Sense dan De Fam yang akan turut serta pada acara berkenaan.

Sementara itu Pengarah Urusan HiFive Entertainment Sean Pereira, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama-sama rakan strategik PETRONAS SIC memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan menepati piawaian seiring dengan klimaks penutup MotoGP.

"Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.

"Maka kami di HiFive Entertainment menganjurkan After Race Fest bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan dron dan persembahan bunga api," ujar Sean Pereira

Tiket After Race Fest dijual pada harga RM550 hanya dengan menggunakan kod promosi ‘PayLater' by GRAB.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI