KUALA LUMPUR, 16 Jun - Konsert "A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid" mengabungkan muzik Jazz dan disko menyaksikan persembahan yang cukup luar biasa.
Bertemakan "Disco 80-an" kolabrasi duo komposer Diskoria dari Indonesia bersama ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid itu berjaya memukau lebih 2,000 penonton yang berlangsung pada 14 Jun lalu di ibu negara.
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat memulakan persembahan dengan mengadunkan pelbagai elemen menarik muzik disko menerusi 22 single hit mereka seperti Badai Pasti Berlalu, Balada Insan Muda, Serenata Jiwa Lara dan Pelangi Cinta dengan tepukan gemuruh dari penonton.
Kemunculan kali pertama Datuk Sheila Majid berkongsi satu pentas menerusi lagu hits Diskoria serta empat lagu popularnya iaitu Sinaran, Antara Anyer Dan Jakarta, Dia dan Warna dalam gaya muzik gabungan disko, funk dan pop retro terus membangkitkan kehangatan konsert pada malam itu.
Konsert yang berlangsung lebih 90 minit itu mempersembahkan 26 lagu popular Diskoria dan Datuk Sheila Majid.