fb fb fb fb fb

Daqmie kini ceburi bidang tekstil

SHAH ALAM, 11 Mac- Setelah lebih 20 tahun bergiat aktif dalam bidang seni, penyanyi dan komposer Daqmie kini menceburi bidang perniagaan tekstil pula.

Memperkenalkan koleksi pakaian kurta sebagai permulaan, Daqmie menganggap usaha tersebut adalah pelengkap kepada kerjayanya sebagai seorang anak seni.

"Dalam industri kreatif ini, ada tiga perkara yang kita tak boleh lari, pertama muzik, kedua fesyen dan ketiga ialah makanan. Saya keluarkan produk baju kurta ini seiring dengan perkembangan karier saya, dan saya rasa dah tiba masanya.

"Kita cuba nak adakan tiga permintaan itulah, InsyaAllah. Sebab itu kami nak menguar-uarkan jenama Pendeta by Daqmie ini sebesar-besarnya," kata Daqmie kepada pemberita RTM pada majlis pelancaran pakaian kurtanya, di sini.


(Penyanyi, Daqmie ditemui pemberita RTM selepas majlis pelancaran baju kurtanya, Pendeta By Daqmie)

Mengulas mengenai perjalanan karier muziknya, Daqmie kini dalam proses untuk menghasilkan lagu ramadan dan raya bersama sebuah syarikat rakaman.

Beliau juga ada merancang untuk menghasilkan album penuhnya sendiri tahun ini yang akan dikaitkan dengan jenama Pendeta By Daqmie yang sedang diusahakannya itu.

Media Baharu