fb fb fb fb fb

Liga Europa: Barcelona gagal cetak gol di laman sendiri bertemu skuad Gala

PARIS, 11 Mac- Skuad gergasi La Liga, Barcelona gagal merobek gawang Galatasaray pada aksi perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Camp Nou itu menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan.

Skuad The Catalan kendalian Xavi Hernandez tampil buat pertama kali di kejohanan kedua tertinggi Eropah itu sejak tahun 2004, menguasai permainan tetapi gagal menemui penyudahnya.

Pelawat dari Turki itu sebaliknya hampir memecah kebuntuan namun jaringan Bafetimbi Gomis dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Penyerang sensasi Memphis Depay, yang memulakan perlawanan buat pertama kali sejak Disember memaksa penjaga gol Galatasaray, Inaki Pena bekerja keras dengan dua percubaan di babak pertama.

Masuk babak kedua, peluang yang terhidang gagal disempurnakan bintang-bintang Barca, Jordi Alba, Ousmane Dembele dan Frenkie de Jong sekali gus membuktikan kekebalan gawang skuad Gala itu.


(Pengendali The Catalan, Xavi Hernandez memberikan arahan kepada Ousmane Dembele ketika berdepan Galatasaray awal pagi tadi/AFP)

"Ia amat mengecewakan. Ia bukan keputusan yang baik, bermain di laman sendiri dan menguasai hampir keseluruhan permainan.

"Ini adalah Eropah, walaupun hanya Liga Europa, dan pasukan-pasukan mempunyai kelebihan tersendiri," kata Xavi.

Skuad kendalian Xavi masih belum tewas dalam tempoh permainan sebenar sejak dikalahkan Bayern Munich pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah tahun lalu. - AFP

Media Baharu