fb fb fb fb fb

Damelo 'batu loncatan' Dolla ke peringkat antarabangsa

(Dolla)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Kumpulan penyanyi wanita tanah air, Dolla mula menarik perhatian pencinta muzik dari Amerika Latin menerusi single baharu mereka berjudul Damelo yang turut berkolaborasi bersama Hard Lights.

Dolla yang yang dianggotai Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya menyifatkan pengeluaran lagu Damelo tepat pada masanya kerana ia dapat membantu mereka yang ingin melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

"Hard Lights beri kami dengar demo lagu ini. Kami tidak tahu ia (sebenarnya) dalam bahasa Sepanyol sehinggalah diminta mendengar demo tersebut. Ketika dengar (demo) ia sangat bagus dan kami langsung mendapat rentak seperti mahu menari.

"Ia satu kolaborasi yang baik dengan Hard Lights," jelas Sabronzo.

Sementara itu, bagi Syasya, selain cabaran menyampaikan bait lirik dalam bahasa Sepanyol, mereka turut berbesar hati dibantu oleh penyanyi rap, SonaOne.

"Cabaran bagi saya secara peribadi adalah dari segi bahasa, tetapi Alhamdulillah, SonaOne dan kakaknya membantu kami dengan sebutan (Sepanyol) yang betul.

Begitu juga dengan cikgu vokal, cikgu Shafi (Shafizawati Sharif) yang banyak membantu kami bagaimana cara sampaikan lagu ini agar ia kedengaran lebih 'international' (moden)," katanya.

Dolla berharap orang ramai khususnya kelab peminat, iDolla memberi sokongan kepada lagu dan muzik video baharu mereka itu menerusi saluran YouTube DOLLA.

(Dolla)

Media Baharu