fb fb fb fb fb

Da'i Syed dan Hana Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

KUALA LUMPUR, 3 Disember -Pengacara TV, Hana Ismail mengalirkan air mata sebaik sahaja selamat dinikahkan dengan pendakwah bebas, Da'i Syed dengan sekali lafaz pada jam 11.46 pagi di Masjid Ibnu Mas'ud.

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,27, dinikahkan dengan Nurul Hana, 36, oleh bapa Hana iaitu Ismail Dahwan.

Hana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas sementara wang hantaran dirahsiakan.

Majlis akad nikah yang dimulakan dengan acara maulid itu dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

(Hana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas sementara mas kahwin dirahsiakan)

Turut kelihatan, rakan-rakan selebriti seperti Datin Umie Aida, Irma Hasmie dan ramai lagi.

Pasangan tersebut akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Magica Hall, Monterez Club, Shah Alam, pada malam ini.

Terdahulu, pasangan tersebut melangsungkan pertunangan pada 23 Oktober di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.

Media Baharu