(Tangkap layar Instagram ungkuismailaziz)
KUALA LUMPUR, 3 Disember- Pelakon, Nad Zainal kembali direhatkan selepas dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, baru-baru ini.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, kembali direhatkan susulan keadaan paru-parunya yang belum kuat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh rakan artis yang juga pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, semalam.
"Nad Zainal kena intubate semula Ini adalah kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun
dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.
"Semalam (Jumaat) dia sudah sedar bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi
direhatkan," jelasnya di Instagram.
Ungku Ismail turut memohon kepada orang ramai agar terus mendoakan Nad supaya diberi kesembuhan.
"Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah senbuhkan paru-paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula," katanya.
Nad dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 20 November lalu akibat paru-paru berdarah dipercayai akibat jangkitan kuman.
(Nad Zainal)