fb fb fb fb fb

Corenswet Superman baharu

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 30 Jun-Pelakon baharu meningkat naik, David Corenswet menjadi pelakon terbaharu yang bakal memainkan watak ikonik, Superman.

Perkara itu disahkan oleh pengarah filem berkenaan, James Gunn.

Pelakon berusia 29 tahun itu yang dikenali menerusi drama bersiri 'Hollywood' di Netflix bakal membintangi filem Superman : Legacy yang bakal diterbitkan Warner Bros pada 2025.

Berita tersebut dilaporkan oleh laman sesawang Hollywood Reporter yang turut mendedahkan Rachel Brosnahan pemenang tiga kali Anugerah Emmy menerusi siri komedi The Marvelous Mrs. Maisel yang akan memegang watak Lois Lane.

"Tepat sekali. Mereka berdua bukan sekadar pelakon yang berbakat tetapi juga orang yang hebat", tulis Gunn di Twitter miliknya.

Sebelum ini, wataik ikonik tersebut pernah dimainkan oleh beberapa pelakon seperti Reeve, Brandon Routh dan terbaharu, Henry Cavill.

Namun, pertukaran kepimpinan yang berlaku dalam Warner Bros menyebabkan syarikat gergasi filem tersebut menyebabkan Cavill tidak lagi dipilih membawakan watak berkenaan.

Corenswet lebih dikenali dengan rangkaian siri drama di Netflix dan HBO seperti The Politician, We Own This City, dan drama seram, Pearl-AFP


(FOTO FB inquirerdotnet)

 

Media Baharu