NEW YORK, 30 Jun-Madonna dibenarkan kembali ke rumah selepas menghabiskan beberapa hari di hospital dan dilaporkan semakin sihat kata sumber rapat menurut AFP.
Bintang Pop berusia 64 tahun itu sebelum ini dilaporkan jatuh sakit selepas mengalami jangkitan bakteria serius yang menyebabkannya dikejarkan ke unit rawatan rapi menurut pengurusnya, Guy Oseary dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut pengurusnya lagi, Madonna terpaksa menangguhkan siri konsert jelajahnya yang dijangka bermula 15 Julai depan bagi proses pemulihan.
Siri jelajah konsert itu dijadualkan berlangsung di beberapa bandar Amerika Syarikat sebelum bergerak ke Eropah sebelum berakhir di Amerika Utara pada Januari 2024.
Sebelum ini, bintang pop itu telah menjalani pembedahan menggantikan pinggulnya berikutan kecederaan yang dialaminya ketika jelajah konsert "Madame X" pada 2019.-AFP
(Penyanyi dan pelakon, Madonna/FOTO AFP)