fb fb fb fb fb

Chelsea terus tertekan, beberapa akaun bank dan kad kredit dibekukan sementara

(FOTO AFP)

LONDON, 12 Mac - Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea terus menerima tekanan hebat susulan konflik Rusia-Ukraine.

Terbaharu, beberapa akaun bank dan kad kredit juara Eropah itu dibekukan sementara, susulan sekatan yang dikenakan ke atas pemiliknya, Roman Abramovich yang berbangsa Rusia.

Abramovich memaklumkan, pihaknya kini mengalami kesukaran untuk melunaskan bil termasuklah gaji pemain ketika ini.

Kad kredit korporat pasukan itu juga disekat seketika.

Ia berikutan kebimbangan bank Barclaycard jika mereka dianggap melanggar undang-undang sekiranya memberi kebenaran untuk The Blues berurus niaga.



(Foto fail/AFP)

Bagaimanapun, pengurusan tertinggi Liga Perdana Inggeris percaya Chelsea mampu menamatkan saingan musim ini meskipun berdepan isu kewangan.

Chelsea telah pun diberikan lesen khas bagi tujuan pembayaran gaji pekerja selain membolehkan pemegang tiket sedia ada untuk hadir ke stadium.

Bagaimanapun, kelab itu tidak dibenarkan menawarkan kontrak baharu kepada pemain dan petugas, membawa masuk pemain baharu dan menjual tiket buat sementara.

Dalam masa sama, kerajaan United Kingdom mahu kelab itu dijual secepat mungkin namun tidak membenarkan Abramovic mengambil sebarang keuntungan.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya terdapat 10 pihak berminat untuk memiliki Chelsea ketika ini.

Media Baharu