(Nuha Bahrin dan Naufal Azrin)
PETALING JAYA, 28 Oktober- Selepas empat bulan dilancarkan, lagu 'Casablanca' nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus tular dan berjaya menduduki tangga pertama carta radio tempatan, platform penstriman digital di dalam negara mahupun di negara jiran.
Muzik video rasmi itu pula meraih lebih 23 juta tontonan setakat hari ini.
Lagu itu juga bakal diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dan juga Arab dalam masa terdekat.
Menerusi tuah Casablanca, ia turut membawa pasangan duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ke Jakarta, Indonesia dan menerima jemputan untuk ditemu ramah oleh stesen-stesen TV dan radio terkemuka di sana.
Komposer lagu tersebut Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali Daqmie dan Wan Saleh.
Lirik pula ditulis Daqmie dan turut mendapatkan khidmat kenalan lamanya, Abdul Karim Al Ali dari Syria untuk menterjemahkan lirik tersebut kepada bahasa Arab.
(Nuha dan Naufal pada satu sidang media di Petaling Jaya)