KUALA LUMPUR, 28 Mac- Dalam usaha memastikan kilauan pingat emas pertama Olimpik negara menjadi realiti, tiga entiti sukan utama negara disaran memberi tumpuan khusus kepada pembangunan atlet.
Ia selepas mendapat suntikan dana sebanyak RM240 juta untuk Program Podium.
Jelas Ketua Komunikasi Korporat, Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Khawari Isa, pihaknya, Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan seharusnya duduk semeja bagi menyusun program jangka panjang yang berkesan untuk atlet.
"Pada masa tu kerana kita berbelanja kita ada kekangan kita mungkin kita tidak dapat menghantar atlet terbaik kita untuk mengikut kejohanan pendedahan atau kejohanan kompetitif di peringkat antarabangsa tidak mancukupi seperti perancangan jurulatih contohnya sebab kekangan tetapi apabila kita dapat dana tu jadi dana ini, ikut perancangan betul-betul," katanya.
( Ketua Komunikasi Korporat MSN, Ahmad Khawari Isa)
Tambah beliau, perancangan bagi perbelanjaan perlu dibuat dengan berhemah dan tersusun bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan.
Untuk itu katanya, kerjasama semua pihak termasuk jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan amat diperlukan bagi menepati perancangan untuk persiapan atlet.