fb fb fb fb fb

Bintang RTM 2024: Shah Rezza, Scha Nuril 'kecundang' separuh akhir malam tadi

Shah Rezza dan Scha Nuril

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Separuh akhir Konsert Bintang RTM 2024 yang juga minggu keenam pertandingan menyaksikan dua lagi peserta tersingkir iaitu Shah Rezza dan Scha Nuril.

Ini sekaligus menyaksikan enam peserta bakal bersaing di pentas akhir Bintang RTM 2024, minggu hadapan.

Sementara itu, Eylia Guntabid dan Roxy Ixzy terpilih menjadi Peserta Pilihan Juri Jemputan.

Kesemua persembahan lapan peserta Bintang RTM 2024 malam tadi dinilai oleh juri tetap terdiri daripada LY dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala dua juri undangan iaitu Liza Hanim dan Noraniza Idris.

Bintang RTM 2024 bersiaran setiap Sabtu, pukul 9.00 malam secara langsung menerusi TV2.

1702 BINTANG RTM MINGGU KE 6
Eylia Guntabid dan Roxy Ixzy

SITI AISHAH BINTI MD ISA