fb fb fb fb fb

Bermain demi lencana di dada - Kim Pan Gon

BUKIT JALIL, 15 Mac- 'Kami bermain untuk Malaysia.'

Demikian penegasan yang di berikan Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon kepada semua pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang aksi persahabatan antarabangsa di Singapura hujung bulan ini.

"Ini objektif utama kita. Kita fokus mengenai perkara ini. Kita akan berkongsi mengenai nilai berpasukan. Kita juga akan belajar cara permainan baharu, terutamanya serangan dan transisi pertahanan. Ini akan diterapkan dalam beberapa sesi awal sebelum mereka mengikuti jadual penuh," kata Pan Gon ketika kepada media selepas sesi latihan pertama Harimau Malaya di Bukit Jalil.


(Barisan pemain mulakan sesi latihan pertama di bawah seliaan ketua jurulatih baharu negara, Kim Pan Gon/BERNAMA)

Dalam pada itu, beliau turut gembira apabila semua pemain yang dipanggil bebas daripada sebarang kecederaan walaupun mereka baharu sahaja habis mengharungi beberapa perlawanan liga dan piala FA.

Skuad negara kini sedang dalam rangka persiapan selama lapan hari bagi mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura bermula 23 Mac ini.

Media Baharu