fb fb fb fb fb

Aurastar terpilih keperingkat akhir Seni Warisan Lenggok Cinta Sayang ##budayabangsa

FOTO RTM

ALOR SETAR, 1 Jun - Kumpulan tari Aurastar antara enam kumpulan tari yang terpilih keperingkat akhir Seni Warisan Lenggok Cinta Sayang ##budayabangsa.

Antara kumpulan lain yang layak keperingkat akhir ialah kumpulan tari Seri Lestari, Citra Kasturi Tari, Citra Pawana, Tari Kirana dan kumpulan tari Adiratna.

Penerbit program Azfarawaheda Aziz berkata, seramai 18 kumpulan tari yang telah diuji bakat berbanding 16 penyertaan pada tahun lalu.

Menurutnya, terdapat tiga krateria pada pemilihan tarian, termasuklah daripada segi persembahan, pakaian dan lenggok tarian yang dipersembahkan.

"Kita mahu ketengahkan kepada masyarakat dan penonton yang mana budaya ini kita perlu terus garapkan terus, kita kembangkan supaya kita generasi muda hari ini tidak melupai warisan yang dibawa zaman dahulu hingga sekarang," kata Azfarawaheda.

Beliau ditemui pemberita pada sesi uji bakat Seni Warisan Lenggok Cinta Sayang ##budayabangsa yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Kedah, di sini.

Selain guru, ahli keluarga termasuk ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai kumpulan tarian tersebut.

Kesemua enam kumpulan tari yang dipilih akan berentap pada peringkat akhir yang akan diadakan di  Dewan Politeknik Sultan Abd Halim Muadzam Shah POLIMAS Jitra, pada 29 Jun depan, kira-kira pukul 9.00 malam.

TETITIA YUSOFF