fb fb fb fb fb

ASN iktiraf Datuk Azizulhasni Awang dan Cheong Min

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020.

Ini merupakan kali keempat Datuk Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada 2009, 2010 dan 2018.

Atlet kelahiran Terengganu itu telah berjaya mencipta beberapa kejayaan membanggakan sepanjang 2019-2020, antaranya memenangi dua pingat gangsa masing-masing dalam acara pecut dan keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2020 di Berlin, Jerman dan kejayaan merangkul gangsa di Olimpik Tokyo 2020.

Mohd Azizulhasni mengetepikan cabaran beberapa atlet yang turut disenarai pendek iaitu atlet bina badan Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Timmy Tan (tenpin boling) dan Wong Weng Son (wushu).


(Olahragawan Kebangsaan Datuk Azizulhasni Awang) 

Sementara itu Tan Cheong Min telah mengharumkan negara dengan memenangi pingat emas acara acara Nando dan pingat perak acara Nanquan di Kejohanan Wushu Dunia 2019.

"Ini merupakan satu peluang yang amat berharga dan jelas menunjukkan bahawa sukan wushu merupakan sukan yang cemerlang di Malaysia,

"Saya berharap kejayaan ini akan memberi motivasi kepada orang ramai untuk menyertai sukan wushu," jelas Cheong Min kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Azizulhasni dan Tan Cheong Min masing-masing menerima trofi, blazer dan wang tunai RM20,000.

Anugerah di sampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Media Baharu